Jun 29, 2013

Silk Screen

Produk Terbaru Silk Screen T-shirt

Sekarang perniagaan online saya maju setapak lagi, Kini saya sudah mampu untuk membuat dan menerima tempahan printing baju secara Silk Screen, Jika anda berminat untuk menempah T-shirt Printing Silk Screen ini anda bolehlah menempahnya secara online, atau telefon terus kepada saya. Cara prosesnya amat mudah, anda isi borang secara online, massage atau telefon terus kepada saya, kemudian anda emailkan design atau inbox saya di Facebook, buat pembayaran melalui no akaun, seterusnya saya akan lakarkan design dan emailkan kembali kepada anda untuk pengesahan, jika sudah bersetuju saya akan pergi ke proses seterusnya         membuat block baju dan seterusnya mencetak. Harga untuk tempahan Silk Screen ini adalah sepertia dibawah.

Contoh T-shirt Tempahan pelanggan.




1. Upah design, jika design itu susah seperti lukis semula logo, kartun dll harga RM30.00, Jika design senang , harga design adalah percuma.

2. Harga Block baju RM35 block size A3,RM30 untuk Block size A4, RM20 untuk block bawah pada size A4.  kalau design memerlukan banyak warna maka banyaklah block yang akan dibuat.

3. Harga baju bergantung kepada jenis baju, baju collar, roundneck, jersy, kain lacoste, microfiber, cotton, Katalog baju akan dimasukkan kemudian.

4. Kos Printing RM1.00 hingga RM2.00 untuk Printing kecil, RM3.00 hingga RM4.00 untuk printing besar.

Cara pengiraan untuk tahu harga sehelai baju.

Sekiranya anda menempah 20 helai baju, design depan dan belakang contoh kiraannya adalah seperti dibawah.

1. Kos design depan belakang RM60.00, kos design dibahagi 20 helai, bersamaan RM3.00 sehelai.

2. Kos block baju depan dan belakang RM60.00 dibahagi 20 helai, bersamaan RM3.00

3. T-shirt anggaran RM14.00 sehelai.

4. Kos printing RM6.00 depan dan belakang.

5. Jadi total semua, RM26.00 sehelai baju.

Lagi banyak kuantiti yang anda tempah, lagi murah kos baju yang anda dapat.

proses untuk menyiapkan tempahan dalam 5 hingga 7 hari.



ads

Ditulis Oleh : Unknown Hari: 11:15 AM Kategori:

2 comments:

 

About me

Blog Archive

FB Followers